silver world


ENTRY ABOUT LINKS TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW

Selamat Hari Raya
Sunday, 19 August 2012 - Permalink - 0 Comments
Hi,annyeonghaseyo, selamat hari raya aidilfitri kepada semua kekawan, kecikgu, kereaderss sekalian.
Pertamanya , saya Georgia Sarra Anak Kerry ingin memohon ampun dan maaf sekirannya saya ada buat salah kepada kamu semua, seterusnya menyakitkan hati kalian. Saya tahu saya adalah insan yang banyak dosa kerna manusia tidak lari dari kesilapan, mohon maaf sekali lagi, dan saya harap kamu semua mahu memaafkan saya. Pada hari yang mulia ini adalah bertujuan untuk merapatkan tali silaturahim kita sesama sendiri.

Saya memang orang sarawak, dan tidak menyambut hari raya. Tetapi sekarang tidak mengira bangsa mahupun bangsa, Melayu, Cina, India, Sarawak, Sabah, kini menyambut hari raya bersama2 bagi memeriahkan lagi hari yang mulia ini. Kita kan satu Malaysia. Yeah, and i'm proud of it. Do you? Hari raya mesti ramai yang beraya bersama kawan-kawan, beraya ke rumah cikgu. Tetapi saya ingin meminta maaf kepada kekawan saya sebab tidak boleh beraya bersama kamu semua, oleh kerana UPSR sudah menjelang. Saya minta maaf.

Kepada kawan saya :
Selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan saya. Saya ingin meminta maaf, dan ingin kemaafan daripada kamu semua kerana kesalahan yang pernah saya buat. Selamat hari raya, tapi jangan syok sangat beraya sebab UPSR sudah menjelang, dan tinggal beberapa hari lagi. Mungkin saya banyak menyakitkan hati kamu semua, tetapi tolonglah maafkan saya daripada hujung rambut hingga hujung kaki. hehehe, minta maaf lagi. Alaa, tidak mengapalah, saya hanya ingin meminta maaf sahaja, dan tidak berat pon tangan menulis.

Kepada readers yang membaca :
Selamat hari raya aidilfitri untuk semua yang membaca, tidak kiralah bangsa apa apa pon. Saya ingin meminta maaf sekiranya  saya telah menyakitkan hati kamu semua sepanjang blog ini berjalan, ataupon ada entry yang menyakitkan hati sila beritahu kerana saya hanya mengikut perasaan ketika menulis, mungkin tidak perasan. Oke, mungkin untuk beberapa minggu ini saya tidak akan menulis di blog ini, kerana saya harus belajar. Ceyh, pandai sangatlah tuh.

Selamat hari raya, balik kampung hati-hati *Pandu Cermat Jiwa Selamat* dan jangan main mercun nanti kamu semua famous di dalam surat khabar pula, sebab apa? Sebab nanti di muka hadapan surat khabar, *Budak melecur di muka kerana bermain mercun* Saya tidak mendoakan sekadar nasihat. Selamat hari raya lagi sekali, Oke bye.